Pendidikan Kesihatan

KEKUATAN OTOT 

Kekuatan bermaksud kemampuan otot  untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan. 

STRUKTUR OTOT 

CADANGAN AKTIVITI 

 1 . Bench Press


 2. Half Squat (Dengan Beban)

3. Tricep extension

Struktur dan Fungsi Otot 

FAEDAH LATIHAN



aDapat melakukan kerja kerja berat dengan mudah

contoh : mengangkat/ mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.

b) Mengelakkan kecederaan otot

bila mana otot kaki menjadi kuat, keberkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis

c) Membina kepadatan tulang

Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.

d) Badan menjadi tegap dan sasa

Ini tidak akan berlaku kepada kaum wanita kerana kaum wanita hanya mempunyai sedikit sahaja hormon testosterone iaitu hormon lelaki. Akan tetapi bagi kaum wanita yang mempunyai bentuk badan mesomorphs, anda harus berhati hati kerana bentuk badan begini mudah membina otot menjadi kelihatan sasa.


KESAN FISIOLOGI

 a) peningkatan kuantiti mioglobindalam tisu otot rangka.


 b) peningkatan saiz dan kuantiti mitokondria


 c) peningkatan jumlah oksigen di dalam otot.


Aspek Keselamatan


1. memanaskan dan meregangkan badan dahulu sebelummelakukan latihan

2. mulakan latihan dengan menggunakan dumbell yang sederhana berat

3. gunakan dumbell dengan pergerakan terkawal (controlled movement) tanpa menghayunkan dumbell

4. hembus nafas melalui mulut bila mengangkat dumbell dan tarik nafas melalui hidung semasa menurunkan dumbell

5. mulakan latihan dengan kumpulan otot otot besar

6. jangan melakukan latihan dengan keadaan memaksa dan pastikan otot otot tidak digunakan lebih daripada tahap yang dibenarkan. (overloading/working )

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola